Assalamualaikum.
Wah sekian lama tak ber blog nih, aku jadi rindu pulak. Actually tak lama lagi aku dah nak kena balik semula ke Perak. Sem 2 is coming bebeh! ( Aku pelajar sem 1 baru. ) Aku nk cerita ni pengalaman aku study kat sana. Banyak je cerita tapi macam malas pulak aku nak menaip berjela-jela.
First of all, aku mestilah prepare barang secukupnya nak pergi sana. Jauh tu dari rumah aku... So, korang kena buat list elok2 eh. Hmm aku dah tak berapa ingat lah sebab aku bawa barang macam nak duduk sana selama-lamanya. Maklumlah, saya ni perempuan. So faham-faham jela.. Ok, waktu first aku datang, pergh... Macam kagum doh! Well, biasalah kan. Feeling first time masuk U. Memang excited la jugak time tu. Aku datang awal gile. Around 7:30 am macam tu. Aku stay semalaman kat satu homestay Perak tu. So, cepat sikit datang and paling penting dapat pilih katil and bilik tingkat bawah. Aku dapat bilik kat Bidara 2, Kolej Indera Sakti. Time aku masuk tu dah ada seorang room mate aku. Dia dari Perlis. Aku pun berkenalan lah semua. Oh iya, aku dengan cousin kesayangan aku dapat tempat belajar sama tapi course je la lain. So, kami memang datang together2 so dapat bilik pun together2.
Petang tu, kisah kami bermula. Every budak baru kena lalui MDS, macam orientasi gitu. Oh yes.... Oh no.... Penyeksaan jiwa, mental, fizikal, emosi semualah. Ya Allah, memang pengalaman gila2 ah. Aku kalau boleh tak mau dah lalui benda tu. Memang memenatkan jiwa. To those yang bakal nak masuk U, please lah nikmati hari2 and masa anda dengan sebaiknya. Time MDS ni sumpah ah kau rasa macam nak balik time2 tu jugak. Bayangkanlah yeh, kami yang perempuan ni kena pakai baju kurung dari pukul 5 pagi sampai 1 pagi esok nya. Ya Allah, memang perit la jugak. Kena pulak tu pagi2 berlari ke masjid pakai baju kurung tu. Akak2 fasi punya tagline, "Pantas siswi, pantas!". Aku memang ingat ah room mate dengan cousin aku tu rasa bengang and adalah mencarut tu.. Tidur hanya 2,3 jam sahaja. Kau bayangkan.. Aku ni macam tak tidur la time tu sebabnya nak basuh baju. Budak baru belajar. Hahaha... Basuh baju guna tangan. Dok tonyoh2 dah sejam. Hmm.. Lena memang kejap je. Kau lambat bangun, kau memang cari nahas. Ok lah, aku nak stop lah pasal MDS sebab malas nak kenang zaman ni panjang2. Buat hati teringat kesedihan je.
After MDS, kami ni dapat cuti satu minggu. Sebab cuti apa tah time tu. Kebetulanlah jugak. Kalau tak, memang no cuti ah. Kena terus ke kuliah minggu depannya. So kami beruntung la jugak. Oh iya, kami yang duduk tingkat bawah, tingkat 2 and 3 kena pindah bilik. Ya Allah, nasib aku tak kembah lagi barang aku.... Aku dengan room mate semua kena pindah Bakawali 2, Kolej Cempaka Sari. Nasib ada mak bapak aku datang time tu and tolong aku ni hah. Barang dah macam selama-lamanya la kan. Memang nak putus nafas semua ah angkut barang2 tu. Hmm.. Tak pelah. Cuti kami pun bermula dan berakhir lah macam tu je.
After that, kuliah bermula. Aku berjalan la kaki ke fakulti. Before hari kelas tu, aku pergi survey fakulti dengan kawan baik aku. Hmm memang aku beruntunglah sebabnya kawan baik aku pun dapat course and tempat yang sama macam aku. Cuma kelas je lain. So, aku kenal2 lah classmate aku. Baik je semua nya. Alhamdulillah.
Bulan berbulan kami belajar, aku rasa aku dah boleh adapt la duduk sana. Balik rumah naik ETS. Hahaha.. Pengalaman baru pada aku. Pengalaman yang best la. Tapi lama lama aku naik bas je sebab lagi murah dan terminal bas pun lagi dekat dari ktm. Kalau nak ke ktm pun dah 45 minit. Hmm aku duduk blok Bakawali 2 aras bawah pastu dah la memang sentiasa blackout even tingkat atas ada elektrik. ( Aku geram sebenarnya. So aku luah kat sini. ). Nak shopping pun dekat je. Ada Billion, ada wayang, ada MCD. Tesco dengan KFC pun ada. So, aku tak dalah duduk dalam hutan sangat. Hahaha....
Pastu, berkaitan fakulti, hmm not bad la. Tapi kelas tingkat bawah mesti air cond selalu rosak. Hmm panas gila lagi lagi perak tu panas dia lain macam dari negeri lain. Sidai kain confirm sentiasa kering. Apa lagi ek nak cerita. Hmmmm.... Makanan pun not bad sebab kampung kan. So tak de la mahal macam kt shah alam. kebersihan pun okey tak de kes yang besar2. takat tersesat lalat seekor tu pun jarang jugak lah. Makanan kt downtown serious best. Nasi Lemak, Char Kuew Teow perghh memang sedap lah tapi bukak time malam je. Downtown dekat dengan Kolej Pasir Salak (Lelaki) dan Blok Bidara (Perempuan). So adik2 yang nak masuk uitm sini, jemput la pergi makan yaa.. Setiap hari selasa mesti ada pasar malam. So siapa yang malas nak keluar tu boleh beli kat dalam uitn ni je.
Okeylah, aku penat pulak nak taip panjang2. Aku, pelajar Diploma Pengurusan Hartanah Semester 1 Jun 2016 mengakhirilah coretan saya disini. Good Luck adik2 yang nak masuk U especially UiTM SI, Perak! Hwaiting ( Fighting) !!!
Wassalam.. :)
assalam...acik nak tanya...kalau dari uitm seri iskandar nak balik rawang selangor...pengangkutan awam apa ye yang paling mudah utk dinaiki...terima kasih
ReplyDeletehi. sy tlg jawab ye. boleh naik ets kt batu gajah. lebih kurang 20 minit dari seri iskandar. kt seei iskandar ada stesen bas. boleh jugak balik dgn bas. dekat je stesen bas tu :)
Deleteterima kasih...alhamdulillah anak acik dah tahu balik dgn ets 😊
DeleteSorry kak nak tanye diploma hartanah nii brape sem yea 6 ke 5?? Saya dah dpt tawaran Diploma nii😀😀 is there any book recommendations for me to start learn on this course? Thanks akak
ReplyDeleteDip hartanah ni ada 6 sem. 5 sem belajar, 1 sem practical.
Deletekalau untuk sem 1, rasanya awak boleh start dengan baca pasal valuation and land law. valuation ni subject credit hour paling tinggi.
nk tnya klau dlm pengurusan hartanah ada x buku yg perlu dibeli sbb sya dh dpt tawaran diploma ni
ReplyDeletekat kedai buku univerisiti nanti ada jual. sebab kadang kadang kat luar harga buku mahal sikit and ada buku tu khusus untuk uitm shj
DeleteOrentasi berapa minggu dan minggu orentasi mcm mna di uitm
ReplyDeleteorientasi biasanya seminggu. harap awak tabah okay time orientasi sebab orientasi ni masa untuk fasi2 mendera kita huhu
Deletehi, sy dpt diploma dlm bidang pengurusan hartanah. nak tnya, bnyak pakai duit tak dlm bidang ni?
ReplyDeleteSebenarnya, bidang ni memang byk sikit pakai duit sebab buku semua mahal dan tebal. Tapi tak sebanyak course mcm town planning or landscape or interior design sebab hartanah tak payah beli brg utk buat assignment. Kita banyak buat report and pergi view site. So, kalau kenal senior lagi bagus sebab dorang jual buku murah2. Contog buku national land code rm 40++ tapi kalau kt senior dapat 20,30 centu je. Ada certain buku kami main fotostat je utk satu kelas sebab lagi murah. Cuma buku yg BOVEA keluarkan seeloknya beli yang original sebab adalah BOVEA tak bagi fotostat sebarangan.
DeleteAkak sy dgr mse mds tu kena pki bju putih and kain gelap dan kasut bertutup hitam.. baju putih tu cm baju sekolah ke? N kain gelap tu jgk? Please jawab sesapa
ReplyDeleteMemang ada satu hari tu mds kena pakai baju kurung putih dan kain gelap. Pakai baju sekolah tu je tak payah beli baru sebab sekali je kena pakai. Kasut hitam tu pun simple2 je. Saya dulu beli kasut pun pakai sekali je pastu peram dalam rak kasut haha. kalau rajin, beli la kasut hitam baru yang ada heels sebab kadang2 bila present, ada lecturer demand student pakai kasut bertumit.
DeleteHi akak, minggu orientasi memang pakai baju kurung je ke? yg baju tshirt putih tu kena tak? selalu pakai tak yang tu?
ReplyDeleteHi akak, minggu orientasi memang pakai baju kurung je ke? yg baju tshirt putih tu kena tak? selalu pakai tak yang tu?
ReplyDeleteYa minggu orientasi memang pakai baju kurung shj. Baju t shirt putih itu biasanya untuk koko nanti sebab sem 1 x de baju koko. Time sem 2 baru baju koko tu korang dapat
DeleteKak , nak tnya kalau non muslim wajib pakai tudung sepanjang mds?
ReplyDeleteTak. Terserah awak☺️
DeleteStudent uitm boleh duduk rumah sewa tak? Kalau boleh start sem berapa boleh duduk rumah sewa? Anyone. Tolong ye😄
ReplyDeleteBoleh. Start sem 2. Rumah area sidec paling dekat dengan gate belakang. Sem 1 wajib duduk dalam universiti
Deletesalam. kalau dari uitm seri iskandar ke kedah ada pengangkutan awam tak ? kalau ada sila nyatakan yerima kasih :)
ReplyDeleteSaya jawabkan ye. Boleh naik bas dr Seri Iskandar / ets (dr batu gajah) ke kedah
Deletesalam, akak kat sana ada kemudahan apa? like washing machine ke pantry ke something like that.. and then boleh tak bawa kenderaan sendiri kalau nak pegi mana2 dlam u? sekian :)
ReplyDeleteSaya tolong jawabkan ye. Washing machine berbayar ada disediakan dn certain kolej ada sediakan dryer juga. Kalau pantry tu certain kolej ada tapi selalu student tak gunakan sebab heater boleh bawa sendiri. Kalau nak bawa kenderaan,kena mohon sticker kenderaan dan ada syarat syarat yang perlu dipatuhi.
DeleteAssalam kak, uitmsi boleh minta nk roomate dgn kwn ke if dtg skali?
ReplyDelete