Assalamualaikum..
Tiga tahun berlalu, hari ni baru nak taip balik blog ni.
Now, semester 6 Diploma Pengurusan Hartanah UiTM so memang tengah praktikal la sekarang ni. Lagi 2 bulan nak habis praktikal yahooooooo!!!
So, berdasarkan pengalaman 3 bulan ni memang banyak benda aku dah belajar. Kepada kawan-kawan yang nak praktikal, saya sarankan tolong lah survey dan tengok dulu tempat praktikal korang. Jangan jadi macam aku ni, dok terima je apa yang dapat sudahnya dapat tempat yang kurang best.
Actually, bidang hartanah sangat luas. Ada penilaian (valuation), ejen (estate agency) and property management or consultant. Nak kerja dengan company lawyer pun boleh especially yang lawyer company handle bab hartanah ni. Bagi sesiapa yang nak cari duit lebih time praktikal, boleh try company ejen but confidence kena level tinggi because you need to communicate with clients. Student praktikal kena dulu call tanya company sama ada ada bagi elaun atau commission semata-mata. Terus terang aku cakap lah, aku bukannya confidence tinggi sangat and aku tak suka banyak jumpa-jumpa orang ni. So sangat sesuai buat praktikal dengan company valuation. But, disebabkan aku tak buat survey aku praktikal dekat company ejen.
Aku praktikal di Bangi, Selangor and elaun aku sikit je commission banyak kalau berjaya close deal dengan client. Tapi maklumlah budak tak ada pengalaman so percentage untuk close deal hanya 10% sahaja. Pengalaman aku lah sebagai ejen korang kena selalu keluar view rumah or carilah apa-apa rumah untuk dijual or disewa. Duit minyak memang ditanggung sendiri so jangan nak berangan company bagi elaun untuk duit minyak. Kalau rasa tak mau membazir duit minyak, better jangan pilih nak praktikal dalam bidang ini. Praktikal dalam company ejen serious talk memang tak ada kerja. Lainlah valuation, korang kena hadap report sepanjang masa. First-first, memang syok tak ada kerja. Lama-lama dah bosan pastu buku log tak tau nak tulis apa. Aku tengah murung ni nak tunggu lagi 2 bulan.
Oklah nak jujur je.. Elaun aku seratus je guys. SERATUS JEEEEE!!! Commission pulak 25% tapi korang ingat senang nak close deal especially sell yang memakan masa tiga bulan untuk segala macam proses loan bagai. Aku close deal sewa RM 1,400. Aku dapat RM350. Bila tanya geng yang intern ejen, elaun dorang pun dah RM 500 sebulan. Hmm berbaloi ke aku close deal? Tak.. Aku tak nak samakan dengan kawan2 yang intern kat kerajaan sebab aku sedang intern di private company. Sangat berbeza ya bagi sesiapa yang rasa " hek eleh. Practical kerajaan lagi x dapat elaun langsung". Tolong survey guys kalau tak nak menyesal macam aku. Bagi sesiap yang nak tahu aku intern mana kalau yang rasa nak intern area Bangi, boleh la drop email. Kita main mesej2 through email haha sebab benda ni mana boleh disclose public kan.. memang tak suka tempat sekarang but at least, we take care of their company's reputation, right?
Nasihat saya, survey sangat penting dalam menentukan tempat praktikal yang best. Lagi satu, tak semua tempat kerajaan tak bagi elaun. Untuk pengetahuan sesiapa yang nak intern, Majlis, Pejabat Tanah, JPPH ada certain area sediakan elaun untuk student praktikal. Sekarang aku dalam proses murung sebab dulu tak tanya. Huaaa.... Huaa....
Korang yang nak praktikal, call lah tanya skop kerja apa, elaun berapa, sabtu ahad kerja ke tak. Aku kadang-kadang kena korbankan sabtu ahad sebab kena jumpa client. Sedih tau. Lagi satu, kalau korang nak juga praktikal kat company ejen, pastikan company tu tengah ada projek besar. So korang nanti kena buat booth ke untuk promote projek tu contohnya projek perumahan baru. Itu serious syok sebab close deal mungkin boleh terjadi kalau berjaya dapatkan buyer.
Pastu terbaru, hmm memandangkan sekarang bulan puasa. korang tahu tak.. Hmm boss kata time puasa tak ada masa rehat. LAWAK KEE.. balik awal 30 minit je pun. Tahu tak aku tengah menahan daripada mengata banyak sangat ni di bulan puasa. Kang pahala jadi nipis macam kulit bawang.
Time praktikal lah korang kena grab semua pengalaman untuk masa depan. Kalau jenis yang tak ada kerja macam aku ni, pengalaman pun tak dak. Pengalaman tu benda yang paling berharga dalam dunia pekerjaan tau. So simple je problem aku ni. ELAUN SIKIT, PENGALAMAN PUN TAK DAK. Ibarat hanya datang kerja dok layan cerita korea. Pastu buku log kosong, assignment pun ke laut. Jealous tengok geng pergi macam-macam tempat especially yang intern kat valuation company. Gitu lah kisahnya hahahaha...
Thanks guys siapa yang baca post ni.
Wassalam.. :)
Hai sis. Saya pun skrg tgh intern. Menyesal tak baca blog sis dulu huhuu. Skrg intern dkt area bangi jugak company ejen. Baru second day huhu. Doakan saya ada pengalaman jugak sis. Sikit pun jadi la
ReplyDeleteGood luck intern๐ช๐ป๐ช๐ป๐ช๐ป Tabahkan diri okey intern as ejen.. best sebenarnya bidang estate agency ni kalau banyak close deal
DeleteHai sis. Baca blog sis rasa berdebar pulak nk intern. Btw saya sem dpn baru nk intern
ReplyDeleteTime intern mostly buat apa je sis... Cara penilaian markah kita nnti macam mana ? Ada presentation jugak ke๐
ReplyDeleteKalau salah pilih company korang intern memang tak ada kerja. So pilih la elok elok sebab susah jugak kalau tak ada kerja ni sebab buku log kena isi. Presentation tu biasalah. Ikut lecturer yang handle kita. Saya dapat lecturer sporting so markah tu semua tak strict sangat
Deletesalam sis, jadi bagi pendapat sis intern dekat jpph lagi better or private sector (valuation company) lagi okey?
ReplyDeleteWasalam. Dua2 okay. Private sector ni kena kaji dulu strong tak company tu. contoh kalau firm banyak cawangan selalunya okay. Jpph certain ada elaun, ada yang tak. So kalau rajin, tanya je dia bagi elaun ke tak. Kadang jpph ni bagus untuk pengalaman kita. Kalau nak apply kerja terus ke jpph pun digalakkan kalau ada jawatan kosong.
DeleteSalam sis, macam mana nak cari tempat intern untuk estate management punya course sis? Cari kat google je ke?
DeleteWasalam. Lect akan bagi list2 tempat intern. Sangat digalakkan awak request je kat lect untuk publishkan cepat2 list tempat intern. Saya dulu survey tempat intern pakai google and yang dekat dengan rumah. Govt contoh pejabat tanah kena datang and tanya kat kaunter ada tak dorang ambil student intern. Kalau pakai email takut dorang tak reply so baiklah ke kaunter terus
DeleteSekarang dekat public sector mmg dpt elaun 900 ke?
ReplyDeletesaya tak sure. maybe certain area sahaja tapi pengalaman classmate selalu public 300-500 sahaja. banyak yg public tak ada elaun.
DeleteSaya suka baca blog org, sbb nk tgk pengalaman, ye la pengalaman kita lain2, walaupun di bidang yang sma, saya tgh intern kat KL, lg beberapa hari je nk habis
ReplyDeletesorry disturb, but nak tanya awak intern di company mana dekat kl?
Delete