Thursday, 10 March 2016

Pengalamanku Ambil Lesen Memandu DA

Assalamualaikum pembaca sekalian.. (Jawab jangan tak jawab. Dosa korang tak mau cheq tanggung aaa...)

Actually hari tu dah tulis pasal pengalaman aku ni hah pastu terdelete pulak. Sedih gile.. Puas aku mengarang pastu terdelete. Hurm.. Salah sendiri jugak. Okeylah, let's begin my story mory...

Bulan 12 2015 (I can't remember the actual date maaa...), survey punya survey aku decide nak ambil kat AMSA kat Sungai Merab. Punca utama, harga (Semestinya!). Time tu kan akhir tahun so of course lah ada promosi akhir tahun en. Mula2 ingat nak ambil manual then tak jadi. Aku ambil kelas DA (Manual kelas dia D.) iaitu kereta tetapi auto. Kenapa? Sebabnya beza harga between that two class just 50 ringgit. Hurmm.. Dari menyusahkan diri nanti, baik aku ambil auto sebab terang lagi bersuluh aku takkan bawa kereta manual ahh.. Harganya, jeng jeng jeng.... RM1100. But kat situ tak ada pakej sampai lulus. Kalau fail, pandai2 lah bayar lain yeh.. (Sila jangan fail please..) Harga buku pula RM13.

The next day, aku dengarlah ceramah yang 6 jam tu. Aku dengar ceramah tu mengantuk (Biasa lah, syaitan merayau-rayau tu.. Tu yang tak tahan godaan dia. Sesiapa terasa, mohon terasa ye..Gurau aaa...). Pukul 9 dah kena ada kt AMSA. nak kena daftar lagi. Beratur panjang pula tu. Sejam kemudian baru start ceramah. Ceramah tu ada 2 sesi. First sesi, aku serious tak mengantuk sebabnya aku duduk depan sekali pastu cikgunya sporting kaw2 gitu. So, aku tak adalah bosan ke hapa.. Kalau korang duduk belakang confirm2 sediakan bantal awal2 eh.. Pastu rehat sejam. Kalau sesiapa nak ambil kat AMSA, Sungai Merab aku nasihatkan korang bawa telekung sendiri (Bagi perempuan la) and korang kena cepat2 pergi surau. Surau dia kecil and panas (Huhuuhuhuhu...). Tempat wudhu' perempuan pun tak ada macam lelaki. Kau kena ambil kt tandas. Nih part sedih ni... Kalau pergi 'chup' tempat awal2, nanti dapatlah korang pakai selipar yang disediakan. Tak adalah basah kasut mahal korang tu. Macam aku, habis lunyai kasut aku kena air tapi tak pe, kasut murah je tu. Hahaha.. Habis je ceramah ni, kami kena tempah hari untuk ambil ujian komputer kat Myeg Seksyen 9. Aku ambil seminggu kemudian sebab tak ada transport kecuali hari minggu. Ikut apa yang akak kaunter tu cakap, korang boleh ambil exam seawal tiga hari selepas ceramah.

Time ni lah aku gigih membaca buku setebal tu sebab aku tak nak la fail. Nanti kena bayar lain (Fail je bayar lain. Hurm. Bazir duit je..). Seminggu berlalu, aku pun pergi la Myeg tu hari Ahad. Dalam pukul 9 lebih macam tu. Perghhh... Ramai orang kut. Pergi la ambil nombor kat mesin dia tu. Nasib turn aku cepat. Nombor kena panggil je, laju je aku dah sampai kat kaunter. Akak tu mintalah ic dengan RM10 untuk gambar. Katanya gambar tu dihantar ke sistem JPJ gitu. Aku bukannya paham pon. Bagi jela RM10 kesayangan aku tu. Pastu habis tangkap gambar, akak tu bagi nombor meja. Aku pun masuk la dalam bilik khas tu (Before that, beg semua letak luar.) Jawab dengan penuh ketenangan tau. Soalan dia serious aku cakap senang mengalahkan exam kat sekolah. Kalau baca betul2,  dia tak mengelirukan pun. Ada tiga bahagian. Mula2, bahagian nak test kita ni nampak ke tak nombor dalam komputer tu pastu test warna barulah 50 soalan tu. Markah lulus dia 42/50. Alhamdulillah aku dapat 47/50. Okey la tu kan. Habis je exam komputer, aku terus pergi AMSA nak buat lesen L. Kat sana, aku kena bagi salinan ic and gambar saiz pasport berlatarkan warna putih (Pakai duit lagi. Dah ah kena buat sendiri pula tu. Ambil yang gambar tadi capture2 kt Myeg tu tak boleh ke?-__-). Settle je bagi itu ini tu, aku pun balik rumah lah.

Tiga hari kemudian, aku dapat sms dari AMSA katanya lesen L aku dah siap. Aku ambil lambatlah. Maklumlah, aku mana ada sesiapa nak hantar pergi ambil kecuali ayah aku je. Beberapa hari lepas tu, baru aku free pergi ambil lesen L aku. Ambil je lesen tu kena terus pergi jumpa cikgu untuk tempah hari belajar. Yang ni part teramat sedih. Bulan 1 dah penuh. So, aku kena tunggu dua bulan daripada tarikh lesen L aku tu siap untuk belajar. Kat AMSA, inilah kekurangannya. Dah tahu ramai orang ambil kat situ tambahlah guru pengajar dengan kereta Auto. Aduhh.. Sedih mencengkam sanubari woo.. (Berpuitis pula.)

Tunggu punya tunggu, yeah... My day have come at last.. Hari aku berpesta kat litar. Oh yeaahhh... First time belajar dengan cikgu, of course lah nervous kan. Memang tak boleh lari ah dari feeling tu. Sebati kut dalam jiwa aku. Sejam je cikgu ajar segala benda dalam litar. Bermula lah dari bukit. Yang ni kalau auto senang je. Pastu side parking, tiga penjuru, selekoh s, selekoh z and lastly tanjakan (RAMP). RAMP ni hanya untuk kelas DA je. Manual tak ada elemen ni. Alah, senang je. Macam kena letak satu tiang tengah2 and naik atas batu simen tu. Kau kena control minyak dengan brek baik2. Jangan terlebih kang langgar tiang fail pula. Habis je cikgu ajar ni, cikgu suruh aku buat la apa yang patut kat litar tu. Aku pun round2 jela buat semua tu banyak kali. Second class aku dah keluar ke jalan raya. Wahh.. Express tau ambil kelas DA ni.. 4 kali kelas aku dah habis belajar. Hari last aku belajar ada pre-test. Cikgu lain yang tengok aku. Oklah, aku lulus. Pastu seminggu lepas kelas akhir aku tu, exam JPJ aku! Scary dary mengenangkannya. Tak lena aku tidur dibuatnya. Aku exam sehari sebelum result SPM keluar.

Hari yang ditunggu telah tiba. Seawal 8:30 pagi dah kena ada kat sana untuk mendaftar. Akak kaunter bagilah aku nombor giliran. Nombor nih dah memang ditetapkan (Not first come first serve yeh). Tapi time pegawai jpj tu panggil pun bukannya ikut nombor betul2 pun. Main sesedap rasa jiwa pegawai tulah nak panggil no berapa2. Ready jela. First sekali kena buat RPK and RSM. Time aku buat RPK en, serious aku tak percaya. Boleh pulak pegawai tu duk borak2 dengan geng dia. Aku tak tahulah dia tu dengar ke tak. Dah la suara aku slow (Maklumlah nervous aku x reda lagi. Sejuk je tangan aku) pastu aku main hentam jela sebab apa yang aku hafal selama ni semua melayang-layang je dalam ingatan aku. Oklah, satu markah hilang kt RPK and satu markah kat RSM. Habis dua benda alah tu, kami yang ambil auto ni pergi buat RAMP. Time ni aku x nervous dah sebabnya pegawai dia perempuan lagi baik hati (Tak semua pegawai perempuan strict tau). Lepas RAMP, yang manual pula buat bukit. Yang ambil auto ni kena tunggu la. Aku tengok jela. Manual ramai terkandas sebab bukit. Dah hon then kereta turun bawah balik. Kira kesalahan mandatori la tu, terus fail. Part nih memang memenatkan. Kena tunggu bukan sejam dua, berjam jam!

 Dalam pukul 12 lebih macam tu baru turn aku nak buat bukit. First try je dah ok. Ni nasihat aku bagi yang ambil auto pakai kereta saga. Kalau nak tayar semua dekat garisan kuning, korang kena berhenti sebelum side mirror selari dengan tiang pertama sebabnya kalau selari, tayar dah tak masuk semua. So, bila rasa2 dah nk sampai je tiang pertama tu macam dah nak selari je dengan side mirror terus berhenti. Confirm ah masuk semua tayar kereta tu. Pastu aku buat side parking. Aku dengar ramai juga fail kat parking sebab bumper belakang selari dengan garisan putih. Kiranya bumper belakang tak boleh langgar pun garisan putih tu. Disebabkan aku nervous tiba2 aku jadi lupa step parking. Memang gila! Aku dah cuak do sebab takut fail. Balik rumah nangis tak berlagu lah kalau macam tu. Istighfar banyak2, ya Allah! Ingat pun balik. Aku terus buat dengan berhati-hatinya. Hon pastu pegawai suruh jalan. Masuk tiga penjuru, ok je. Aku pun buat lah selekoh s. Kat selekoh ni aku suka juga langgar divider selekoh. Nasib rendah je. Tu yang yakin tak yakin je. Selawat banyak2, smooth je kereta tu. Selekoh z pula berlalu je begitu sahaja. Habis je buat kat litar, aku pun pass la kereta kat orang lain. Kasihan la juga orang lain pun dah penat menunggu, tu yang aku buat cepat2 tu. Pastu ambil borang aku kat pondok pegawai jpj tu duduk. Alhamdulillah aku lulus kat litar dengan buat 9 kesalahan. Aku tak kisah dah janji lulus.

Pastu, rehat. Waktu tu serious pening kepala. Yelah, dah duduk perap diri kat rumah lepas tu tiba2 keluar. Macam haba shock gitu. Bahang and panas. (Air mineral diperlukan secukupnya). Aku pun solat makan sikit2 semua duduk balik kat tempat menunggu. Pukul 2, ujian jalan raya bermula. Tunggu lagi.. Haihh...

Dalam nak dekat2 pukul 3 macam tu, turn aku pula. Yippeee... Orang before aku en pegawai jpj yang bawa kereta balik. Petanda buruk tu. Aku ingatkan bila ambil auto ni, peluang nak fail tu tipis. Rupa2nya sama je manual dengan auto pun. Aku pun masuk la kereta tu buat RSM sekali lagi. Pastu, pegawai jpj laki tu pun suruh aku jalan. Bagi signal semua (Penting nih!), aku pun bawa lah dengan penuh berhemah sampai pegawai tu tanya aku tau, "Cikgu awak memang ajar awak bawa 40 km/sejam eh?". Aku macam ekkk... Cikgu pun selalu jugak suruh aku bawak laju sikit tapi aku takut terlebih 60km/sejam. Kang fail, nangis aku. Aku bawa laju sikit pastu 40 km/sejam balik. Hahahaha... Waspada sungguh. Sampai kat AMSA, pegawai tu bagi borang tu suruh aku tanda tangan semua pastu ucaplah terima kasih. Alhamdulillah aku lulus tapi buat 11 kesalahan. Hmm.. Tak kisah ah. Aku pun macam dah tak ada mood nak suka ria lompat sana sini sebab tersangat penat. Aku pun hantar borang tu semua pastu seminggu kemudian baru boleh pergi kt JPJ Seksyen 7 nak buat lesen P. Aku pun balik dengan tenang lagi mendamaikan..

Dan begitulah kisah aku.. Aku nak ucap terima kasih banyak2 kat ibu bapa aku yang sanggup tanggung kos lesen aku, kawan2 aku yang support bagi semangat semua, cikgu yang ajar aku sampai pandai and of course pegawai jpj yang semuanya baik hati. Aku bersyukur sangat2.. Akhir kata, pada korang semua yang nak ambil lesen, ambillah cepat2. Kang nanti tambah elemen2 baru korang jugak yang merana. Aku doakan korang berjaya and to those yang fail, tak pe. Try sampai korang lulus, ok.. Allah know what is the best for you. Mana tahu korang lagi bagus dari aku ni yang lulus takat2 ngam2 gitu. Cepat2 lah ambil lesen, makin lama makin susah tau.

Good luck!

Wassalam..:)

24 comments:

  1. Sama lah kita amsa. Tapi saya ni dah nak masuk kali kedua repeat, auto pulak tu. Buat malu je kan. Time belajar dgn cikgu ok je kot😭😭😭

    ReplyDelete
  2. salam, nak tanya. kat AMSA ni takde pengangkutan pergi n balik pelajar ke? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Buat masa sekarang rasanya AMSA takde sediakan pengangkutan. So memang sendirian berhad la..

      Delete
  3. assalamu'alaikum, terima kasih informasinya saya nak bikin lesen memandu

    ReplyDelete
  4. saya belajar dgn pkcik ramli..sgt pyabar..utk org ipoh..ni tiponnya 0195133716..sy bernasib baik sekali je ambik dgn jpj pada 02.01 2019,markah 64/80 n 70/80..alhamdulilah berkat pkcik ramli yg sabar, baik, dan byk tip yg diajar..

    ReplyDelete
  5. Saya baru kelas kedua but still many mistakes. Saya jadi cam gelabah tau. Orang kata auto senang, tapi kenapa saya rasa cam susah!!huhuhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama-lama mesti senang punya. Nanti dah dapat lesen, bawa kereta elok-elok :)

      Delete
  6. Berapa bulan ehh tempoh utk ambik lesen ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut tempat awak ambil lesen. kalau AMSA, saya daftar bulan 12. kelas semua full sampai bulan 2. bulan 2 start kelas, lebih kurang sebulan dah ambil ujian jpj.

      Delete
  7. Haritu saya ambik lesen manual. Then masa 1st day belajar kereta tu, macam biasala pakcik tu ajar semua naik bukit pusingan selekoh bagai tu. Lepastu saya mintak la 1st day ni nak belajar imbang clutch dan minyak. Dia taknak dan dia suruh buat semua. Bayangkan lah tak dari lahir tak pernah pegang kereta, ttbe kena bawak kereta manual naik bukit. Mmg jadi kereta kuda, dan taktau mana pakcik tu punya common sense, saya kena maki 1st day belajar tu kaw2, sbb dia ckp dia dh tunjuk tadi tapi saya tak pandai2. Dia pun ckp sekali lagi kalau saya bawak mcm org bodoh mmg saya makan penampar. Saya balas "kalau pakcik nak marah boleh, tapi mmg tak logic sbb 1st day belajar mmg takde siapa yg terus pandai. Tapi kalau pakcik tampar saya mmg pakcik pun kene jugak. Gilo ko apo 1st day dia expect saya dh pandai semua lepas tgok dia tunjuk sekali. Then balik rumah pikir mmg xleh jadi ni, kalau mcm ni takut satu hari ni nnti bertumbuk dgn pakcik tu, saya terus cerita kat abah saya dan mintak abah jumpa pakcik tu (pakcik tu kawan abah) , mintak tukar saya dari manual ke auto. Alhamdulilah lepas tukar auto, semuanya sgt2 lancar. Dan saya pun tak belajar dgn pakcik tu sbb pakcik tu ajar manual je. Kesimpulannya, ambillah auto, tak perlu lah manual sbb skrg zaman kereta auto dah haha,melainkan kalau nak bawak lori tu ye lah kena manual. Sekian celoteh saya maaf ye awak mengganggu.

    ReplyDelete
  8. Hai Amado, nak tanya macam mana procedure nak tukar lesen manual kepada auto ye? 😅 Saya sekarang tengah amik manual tapi rasa macam tak boleh go je so nak tukar auto. Cikgu saya suruh pergi jpj sendiri nak tukar lesen tu tapi tak tahu nak kena bawak apa, ada bayaran ke tak. Nak tanya cikgu takut dia serabut pulak hahahah 😂 kalau sudi, boleh tak terang kat saya step dia macam mana; terima kasih yeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la...sy pun nak tukar ke auto...sapa2 kat sini boleh bgthu prosedur dia

      Delete
    2. Bawak je lesen auto L dgn ic n bayaran rm15 klu x silap...kat jpj

      Delete
    3. Berapa lamaa proses pertukaran lesen L auto ke manual?

      Delete
    4. Berapa lama proses masa pertukaran lesen L auto ke manual

      Delete
  9. knp ambil auto? x nak menyesal nnt ke? klo manual, blh bawa auto, tpi auto x blh bawa manual.. sbb tu i ambil manual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab utama time tu ialah promosi. Beza auto dan manual hanya rm50 kalau tak, lagi mahal harganya. Saya memang 100% takkan bawa manual sebab tiada kereta manual. Nak challenging boleh ambil manual. Pengalaman adik saya sendiri yang ambil di Amsa, kali keempat repeat kereta manual tak lepas2. Kadang fail kat bukit, kereta mati di tiga penjuru and kereta terundur balik.. kali kelima ambil di tempat lain baru lulus. Ikut akademi kereta awak ambil. Manual banyak kereta lama so nak fail itu tinggi. Tapi kalau dah pro manual sangat digalakkan ambil manual

      Delete
    2. Kalau dia jenis orang yang tak yakin and cepat gelabah nak bawak manual buat apa susahkan diri dia. Ikut tuan badan yang nak bawak kereta.

      Delete
    3. Mula2 aku daftar manual. Kelas mula lepas 5-6bulan daftar sebab baru tiba cuti semester. Tiba2 keluarga suruh tukar jadi auto haha, diorang lebih tahu aku camne. Lesen moto pun 3 kali baru lulus. Sedih sbb dipandang rendah. Tapi itu yg terbaik utk aku.

      Delete