Thursday, 25 April 2019

UiTM Estate Management Internship Experience

Assalamualaikum..

Tiga tahun berlalu, hari ni baru nak taip balik blog ni.
Now, semester 6 Diploma Pengurusan Hartanah UiTM so memang tengah praktikal la sekarang ni. Lagi 2 bulan nak habis praktikal yahooooooo!!!
So, berdasarkan pengalaman 3 bulan ni memang banyak benda aku dah belajar. Kepada kawan-kawan yang nak praktikal, saya sarankan tolong lah survey dan tengok dulu tempat praktikal korang. Jangan jadi macam aku ni, dok terima je apa yang dapat sudahnya dapat tempat yang kurang best.

 Actually, bidang hartanah sangat luas. Ada penilaian (valuation), ejen (estate agency) and property management or consultant. Nak kerja dengan company lawyer pun boleh especially yang lawyer company handle bab hartanah ni. Bagi sesiapa yang nak cari duit lebih time praktikal, boleh try company ejen but confidence kena level tinggi because you need to communicate with clients. Student praktikal kena dulu call tanya company sama ada ada bagi elaun atau commission semata-mata. Terus terang aku cakap lah, aku bukannya confidence tinggi sangat and aku tak suka banyak jumpa-jumpa orang ni. So sangat sesuai buat praktikal dengan company valuation. But, disebabkan aku tak buat survey aku praktikal dekat company ejen.

 Aku praktikal di Bangi, Selangor and elaun aku sikit je commission banyak kalau berjaya close deal dengan client. Tapi maklumlah budak tak ada pengalaman so percentage untuk close deal hanya 10% sahaja. Pengalaman aku lah sebagai ejen korang kena selalu keluar view rumah or carilah apa-apa rumah untuk dijual or disewa. Duit minyak memang ditanggung sendiri so jangan nak berangan company bagi elaun untuk duit minyak. Kalau rasa tak mau membazir duit minyak, better jangan pilih nak praktikal dalam bidang ini. Praktikal dalam company ejen serious talk memang tak ada kerja. Lainlah valuation, korang kena hadap report sepanjang masa. First-first, memang syok tak ada kerja. Lama-lama dah bosan pastu buku log tak tau nak tulis apa. Aku tengah murung ni nak tunggu lagi 2 bulan.

Oklah nak jujur je.. Elaun aku seratus je guys. SERATUS JEEEEE!!! Commission pulak 25% tapi korang ingat senang nak close deal especially sell yang memakan masa tiga bulan untuk segala macam proses loan bagai. Aku close deal sewa RM 1,400. Aku dapat RM350. Bila tanya geng yang intern ejen, elaun dorang pun dah RM 500 sebulan. Hmm berbaloi ke aku close deal? Tak.. Aku tak nak samakan dengan kawan2 yang intern kat kerajaan sebab aku sedang intern di private company. Sangat berbeza ya bagi sesiapa yang rasa " hek eleh. Practical kerajaan lagi x dapat elaun langsung". Tolong survey guys kalau tak nak menyesal macam aku. Bagi sesiap yang nak tahu aku intern mana kalau yang rasa nak intern area Bangi, boleh la drop email. Kita main mesej2 through email haha sebab benda ni mana boleh disclose public kan.. memang tak suka tempat sekarang but at least, we take care of their company's reputation, right?

Nasihat saya, survey sangat penting dalam menentukan tempat praktikal yang best. Lagi satu, tak semua tempat kerajaan tak bagi elaun. Untuk pengetahuan sesiapa yang nak intern, Majlis, Pejabat Tanah, JPPH ada certain area sediakan elaun untuk student praktikal. Sekarang aku dalam proses murung sebab dulu tak tanya. Huaaa.... Huaa....

Korang yang nak praktikal, call lah tanya skop kerja apa, elaun berapa, sabtu ahad kerja ke tak. Aku kadang-kadang kena korbankan sabtu ahad sebab kena jumpa client. Sedih tau. Lagi satu, kalau korang nak juga praktikal kat company ejen, pastikan company tu tengah ada projek besar. So korang nanti kena buat booth ke untuk promote projek tu contohnya projek perumahan baru. Itu serious syok sebab close deal mungkin boleh terjadi kalau berjaya dapatkan buyer.

Pastu terbaru, hmm memandangkan sekarang bulan puasa. korang tahu tak.. Hmm boss kata time puasa tak ada masa rehat. LAWAK KEE.. balik awal 30 minit je pun. Tahu tak aku tengah menahan daripada mengata banyak sangat ni di bulan puasa. Kang pahala jadi nipis macam kulit bawang.

Time praktikal lah korang kena grab semua pengalaman untuk masa depan. Kalau jenis yang tak ada kerja macam aku ni, pengalaman pun tak dak. Pengalaman tu benda yang paling berharga dalam dunia pekerjaan tau. So simple je problem aku ni. ELAUN SIKIT, PENGALAMAN PUN TAK DAK. Ibarat hanya datang kerja dok layan cerita korea. Pastu buku log kosong, assignment pun ke laut. Jealous tengok geng pergi macam-macam tempat especially yang intern kat valuation company. Gitu lah kisahnya hahahaha...

Thanks guys siapa yang baca post ni.
Wassalam.. :)