Thursday, 10 March 2016

Pengalamanku Ambil Lesen Memandu DA

Assalamualaikum pembaca sekalian.. (Jawab jangan tak jawab. Dosa korang tak mau cheq tanggung aaa...)

Actually hari tu dah tulis pasal pengalaman aku ni hah pastu terdelete pulak. Sedih gile.. Puas aku mengarang pastu terdelete. Hurm.. Salah sendiri jugak. Okeylah, let's begin my story mory...

Bulan 12 2015 (I can't remember the actual date maaa...), survey punya survey aku decide nak ambil kat AMSA kat Sungai Merab. Punca utama, harga (Semestinya!). Time tu kan akhir tahun so of course lah ada promosi akhir tahun en. Mula2 ingat nak ambil manual then tak jadi. Aku ambil kelas DA (Manual kelas dia D.) iaitu kereta tetapi auto. Kenapa? Sebabnya beza harga between that two class just 50 ringgit. Hurmm.. Dari menyusahkan diri nanti, baik aku ambil auto sebab terang lagi bersuluh aku takkan bawa kereta manual ahh.. Harganya, jeng jeng jeng.... RM1100. But kat situ tak ada pakej sampai lulus. Kalau fail, pandai2 lah bayar lain yeh.. (Sila jangan fail please..) Harga buku pula RM13.

The next day, aku dengarlah ceramah yang 6 jam tu. Aku dengar ceramah tu mengantuk (Biasa lah, syaitan merayau-rayau tu.. Tu yang tak tahan godaan dia. Sesiapa terasa, mohon terasa ye..Gurau aaa...). Pukul 9 dah kena ada kt AMSA. nak kena daftar lagi. Beratur panjang pula tu. Sejam kemudian baru start ceramah. Ceramah tu ada 2 sesi. First sesi, aku serious tak mengantuk sebabnya aku duduk depan sekali pastu cikgunya sporting kaw2 gitu. So, aku tak adalah bosan ke hapa.. Kalau korang duduk belakang confirm2 sediakan bantal awal2 eh.. Pastu rehat sejam. Kalau sesiapa nak ambil kat AMSA, Sungai Merab aku nasihatkan korang bawa telekung sendiri (Bagi perempuan la) and korang kena cepat2 pergi surau. Surau dia kecil and panas (Huhuuhuhuhu...). Tempat wudhu' perempuan pun tak ada macam lelaki. Kau kena ambil kt tandas. Nih part sedih ni... Kalau pergi 'chup' tempat awal2, nanti dapatlah korang pakai selipar yang disediakan. Tak adalah basah kasut mahal korang tu. Macam aku, habis lunyai kasut aku kena air tapi tak pe, kasut murah je tu. Hahaha.. Habis je ceramah ni, kami kena tempah hari untuk ambil ujian komputer kat Myeg Seksyen 9. Aku ambil seminggu kemudian sebab tak ada transport kecuali hari minggu. Ikut apa yang akak kaunter tu cakap, korang boleh ambil exam seawal tiga hari selepas ceramah.

Time ni lah aku gigih membaca buku setebal tu sebab aku tak nak la fail. Nanti kena bayar lain (Fail je bayar lain. Hurm. Bazir duit je..). Seminggu berlalu, aku pun pergi la Myeg tu hari Ahad. Dalam pukul 9 lebih macam tu. Perghhh... Ramai orang kut. Pergi la ambil nombor kat mesin dia tu. Nasib turn aku cepat. Nombor kena panggil je, laju je aku dah sampai kat kaunter. Akak tu mintalah ic dengan RM10 untuk gambar. Katanya gambar tu dihantar ke sistem JPJ gitu. Aku bukannya paham pon. Bagi jela RM10 kesayangan aku tu. Pastu habis tangkap gambar, akak tu bagi nombor meja. Aku pun masuk la dalam bilik khas tu (Before that, beg semua letak luar.) Jawab dengan penuh ketenangan tau. Soalan dia serious aku cakap senang mengalahkan exam kat sekolah. Kalau baca betul2,  dia tak mengelirukan pun. Ada tiga bahagian. Mula2, bahagian nak test kita ni nampak ke tak nombor dalam komputer tu pastu test warna barulah 50 soalan tu. Markah lulus dia 42/50. Alhamdulillah aku dapat 47/50. Okey la tu kan. Habis je exam komputer, aku terus pergi AMSA nak buat lesen L. Kat sana, aku kena bagi salinan ic and gambar saiz pasport berlatarkan warna putih (Pakai duit lagi. Dah ah kena buat sendiri pula tu. Ambil yang gambar tadi capture2 kt Myeg tu tak boleh ke?-__-). Settle je bagi itu ini tu, aku pun balik rumah lah.

Tiga hari kemudian, aku dapat sms dari AMSA katanya lesen L aku dah siap. Aku ambil lambatlah. Maklumlah, aku mana ada sesiapa nak hantar pergi ambil kecuali ayah aku je. Beberapa hari lepas tu, baru aku free pergi ambil lesen L aku. Ambil je lesen tu kena terus pergi jumpa cikgu untuk tempah hari belajar. Yang ni part teramat sedih. Bulan 1 dah penuh. So, aku kena tunggu dua bulan daripada tarikh lesen L aku tu siap untuk belajar. Kat AMSA, inilah kekurangannya. Dah tahu ramai orang ambil kat situ tambahlah guru pengajar dengan kereta Auto. Aduhh.. Sedih mencengkam sanubari woo.. (Berpuitis pula.)

Tunggu punya tunggu, yeah... My day have come at last.. Hari aku berpesta kat litar. Oh yeaahhh... First time belajar dengan cikgu, of course lah nervous kan. Memang tak boleh lari ah dari feeling tu. Sebati kut dalam jiwa aku. Sejam je cikgu ajar segala benda dalam litar. Bermula lah dari bukit. Yang ni kalau auto senang je. Pastu side parking, tiga penjuru, selekoh s, selekoh z and lastly tanjakan (RAMP). RAMP ni hanya untuk kelas DA je. Manual tak ada elemen ni. Alah, senang je. Macam kena letak satu tiang tengah2 and naik atas batu simen tu. Kau kena control minyak dengan brek baik2. Jangan terlebih kang langgar tiang fail pula. Habis je cikgu ajar ni, cikgu suruh aku buat la apa yang patut kat litar tu. Aku pun round2 jela buat semua tu banyak kali. Second class aku dah keluar ke jalan raya. Wahh.. Express tau ambil kelas DA ni.. 4 kali kelas aku dah habis belajar. Hari last aku belajar ada pre-test. Cikgu lain yang tengok aku. Oklah, aku lulus. Pastu seminggu lepas kelas akhir aku tu, exam JPJ aku! Scary dary mengenangkannya. Tak lena aku tidur dibuatnya. Aku exam sehari sebelum result SPM keluar.

Hari yang ditunggu telah tiba. Seawal 8:30 pagi dah kena ada kat sana untuk mendaftar. Akak kaunter bagilah aku nombor giliran. Nombor nih dah memang ditetapkan (Not first come first serve yeh). Tapi time pegawai jpj tu panggil pun bukannya ikut nombor betul2 pun. Main sesedap rasa jiwa pegawai tulah nak panggil no berapa2. Ready jela. First sekali kena buat RPK and RSM. Time aku buat RPK en, serious aku tak percaya. Boleh pulak pegawai tu duk borak2 dengan geng dia. Aku tak tahulah dia tu dengar ke tak. Dah la suara aku slow (Maklumlah nervous aku x reda lagi. Sejuk je tangan aku) pastu aku main hentam jela sebab apa yang aku hafal selama ni semua melayang-layang je dalam ingatan aku. Oklah, satu markah hilang kt RPK and satu markah kat RSM. Habis dua benda alah tu, kami yang ambil auto ni pergi buat RAMP. Time ni aku x nervous dah sebabnya pegawai dia perempuan lagi baik hati (Tak semua pegawai perempuan strict tau). Lepas RAMP, yang manual pula buat bukit. Yang ambil auto ni kena tunggu la. Aku tengok jela. Manual ramai terkandas sebab bukit. Dah hon then kereta turun bawah balik. Kira kesalahan mandatori la tu, terus fail. Part nih memang memenatkan. Kena tunggu bukan sejam dua, berjam jam!

 Dalam pukul 12 lebih macam tu baru turn aku nak buat bukit. First try je dah ok. Ni nasihat aku bagi yang ambil auto pakai kereta saga. Kalau nak tayar semua dekat garisan kuning, korang kena berhenti sebelum side mirror selari dengan tiang pertama sebabnya kalau selari, tayar dah tak masuk semua. So, bila rasa2 dah nk sampai je tiang pertama tu macam dah nak selari je dengan side mirror terus berhenti. Confirm ah masuk semua tayar kereta tu. Pastu aku buat side parking. Aku dengar ramai juga fail kat parking sebab bumper belakang selari dengan garisan putih. Kiranya bumper belakang tak boleh langgar pun garisan putih tu. Disebabkan aku nervous tiba2 aku jadi lupa step parking. Memang gila! Aku dah cuak do sebab takut fail. Balik rumah nangis tak berlagu lah kalau macam tu. Istighfar banyak2, ya Allah! Ingat pun balik. Aku terus buat dengan berhati-hatinya. Hon pastu pegawai suruh jalan. Masuk tiga penjuru, ok je. Aku pun buat lah selekoh s. Kat selekoh ni aku suka juga langgar divider selekoh. Nasib rendah je. Tu yang yakin tak yakin je. Selawat banyak2, smooth je kereta tu. Selekoh z pula berlalu je begitu sahaja. Habis je buat kat litar, aku pun pass la kereta kat orang lain. Kasihan la juga orang lain pun dah penat menunggu, tu yang aku buat cepat2 tu. Pastu ambil borang aku kat pondok pegawai jpj tu duduk. Alhamdulillah aku lulus kat litar dengan buat 9 kesalahan. Aku tak kisah dah janji lulus.

Pastu, rehat. Waktu tu serious pening kepala. Yelah, dah duduk perap diri kat rumah lepas tu tiba2 keluar. Macam haba shock gitu. Bahang and panas. (Air mineral diperlukan secukupnya). Aku pun solat makan sikit2 semua duduk balik kat tempat menunggu. Pukul 2, ujian jalan raya bermula. Tunggu lagi.. Haihh...

Dalam nak dekat2 pukul 3 macam tu, turn aku pula. Yippeee... Orang before aku en pegawai jpj yang bawa kereta balik. Petanda buruk tu. Aku ingatkan bila ambil auto ni, peluang nak fail tu tipis. Rupa2nya sama je manual dengan auto pun. Aku pun masuk la kereta tu buat RSM sekali lagi. Pastu, pegawai jpj laki tu pun suruh aku jalan. Bagi signal semua (Penting nih!), aku pun bawa lah dengan penuh berhemah sampai pegawai tu tanya aku tau, "Cikgu awak memang ajar awak bawa 40 km/sejam eh?". Aku macam ekkk... Cikgu pun selalu jugak suruh aku bawak laju sikit tapi aku takut terlebih 60km/sejam. Kang fail, nangis aku. Aku bawa laju sikit pastu 40 km/sejam balik. Hahahaha... Waspada sungguh. Sampai kat AMSA, pegawai tu bagi borang tu suruh aku tanda tangan semua pastu ucaplah terima kasih. Alhamdulillah aku lulus tapi buat 11 kesalahan. Hmm.. Tak kisah ah. Aku pun macam dah tak ada mood nak suka ria lompat sana sini sebab tersangat penat. Aku pun hantar borang tu semua pastu seminggu kemudian baru boleh pergi kt JPJ Seksyen 7 nak buat lesen P. Aku pun balik dengan tenang lagi mendamaikan..

Dan begitulah kisah aku.. Aku nak ucap terima kasih banyak2 kat ibu bapa aku yang sanggup tanggung kos lesen aku, kawan2 aku yang support bagi semangat semua, cikgu yang ajar aku sampai pandai and of course pegawai jpj yang semuanya baik hati. Aku bersyukur sangat2.. Akhir kata, pada korang semua yang nak ambil lesen, ambillah cepat2. Kang nanti tambah elemen2 baru korang jugak yang merana. Aku doakan korang berjaya and to those yang fail, tak pe. Try sampai korang lulus, ok.. Allah know what is the best for you. Mana tahu korang lagi bagus dari aku ni yang lulus takat2 ngam2 gitu. Cepat2 lah ambil lesen, makin lama makin susah tau.

Good luck!

Wassalam..:)

Review Novel Duda Terlajak Laris

Assalamualaikum semua...

Hari ni aku buat review sikit pasal novel bertajuk Duda Terlajak Laris karya Aifa Batrisya. Bukan takat review je, aku buat sinopsis pendeklah dari apa yang aku baca.

Umurnya baru cecah 18 tahun, Zafran Aldrin (Zack) terpaksa berkahwin dengan Pehah hanya disebabkan sebiji mentol. Zack ditangkap basah dengan Pehah apabila sahabat baik Zack, Bob menyuruhnya menukar mentol di rumah adik angkatnya, Pehah. Zack dipaksa berkahwin untuk menjaga air muka Tok Ayah yang merupakan imam masjid di Kampung Batu Lima. Zack tidak dapat menerima dia terpaksa berkahwin kerana rancangan Pehah itu yang menjerat dirinya. Sehari selepas mereka berkahwin, Zack tinggalkan Pehah dan balik ke rumah ibu bapanya. Zack mengambil keputusan untuk lari ke Aussie, Australia dan tinggal bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya di sana.

Dua tahun berlalu, Zack pulang ke Malaysia selepas mendapat khabar bahawa Tok Ayah yang disayanginya meninggal dunia. Kemudiannya, Zack menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebab yang kukuh. Ibu bapa Zack berkeras mahu Zack dengan Pehah rujuk kembali tetapi mereka perlu berkahwin dengan mahar yang baru semula disebabkan mereka tak pernah ehem.. (Paham sendirilah. Korang ada belajar agama en..). Pehah berdoa agar suatu hari nanti Zack akan mencari dan kembali pada dirinya.

8 tahun berlalu, Zack masih menjadi duda berhias dan tiada pasangan hidup lagi. Ibu Zack mahukan Zack berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Beberapa kali Zack putus tunang sehingga ibunya hampir putus asa. Zainura memperkenalkan Idayu pada keluarga mereka. Idayu telah lama menyukai Zack sejak mereka di Aussie lagi. Zack hanya menerima sahaja dia ditunangkan dengan Idayu. Dan pada waktu ini, muncul Anis Nabihah. Zack cuba mendekati Anis untuk memastikan yang Anis bukannya Pehah, bekas jandanya dulu. Idayu salah faham lalu meninggal dunia apabila dia terjatuh dari tangga dan dilanggar oleh bas. Zack rasa serba salah dan Anis yang menjadi kawan baiknya ketika itu.

Pada suatu hari, Zack sakit gigi dan pergi ke klinik gigi Nas Murni. Zack terpegun melihat seorang doktor gigi yang berpudah bernama Inas itu. Zack seolah-olah mengenalinya tetapi Inas berkeras tidak pernah berjumpa dengan Zack. Zack dapat tahu bahawa Inas merupakan adik kepada Anis. Zack mahu mengenali Inas apabila dia merasakan sesuatu yang pelik dan mula menyukai Inas. Zack membuat perancangan untuk membawa Anis bercuti dan Inas mesti turut serta.

Ibu bapa Zack mendapat tahu Zack membawa Anis bercuti dan menyuruh Zack berkahwin dengan Anis sebelum apa-apa terjadi. Zack hanya mengikut rancangan orang tuanya dan pergi berjumpa dengan ibu bapa Anis di Indonesia. Di sanalah, rahsia yang cuba Inas sembunyikan terbongkar apabila bapa Anis dan Inas beritahu pada Zack bahawa Pehah itu Inas Fasihah, jandanya. Zack menjadi keliru kerana jatuh hati pada jandanya sendiri. Dia juga risau kerana Anis tidak tahu yang dia adalah bekas adik iparnya.

Zack cuba untuk memenangi hati Inas dan membetulkan keadaan sebelum dia menikahi Anis. Inas tidak mahu melukai hati kakaknya dan dia membuat keputusan untuk bertunang dengan Bob. Zack hanya pasrah.

Pada hari perkahwinannya dengan Anis, Zack sangat terkejut apabila Inas yang menjadi pengantin perempuan bukannya Anis. Selepas selesai majlis akad, Zack meminta penjelasan daripada Anis. Anis mengaku yang dia sudah tahu bahawa Zack bekas adik iparnya ketika mereka di Indonesia dan dia tahu bahawa adiknya, Inas masih sayangkan Zack. Anis jugalah yang membuat perancangan dengan Bob untuk mengorek rahsia hati Zack. Zack berasa sangat terharu dan berjanji tidak akan mensia-siakan Inas lagi.

Setahun kemudian, Inas mengandung anak mereka dan Bob berkahwin dengan Anis. Selama ini, Bob mahu menjadikan Inas adik angkatnya kerana Bob sukakan Anis dan hanya menjadikan Inas sebagai alasan untuk mendekati Anis. Dan akhirnya, hidup mereka bahagia. Zack percaya bahawa setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan mereka berhak diberi peluang kedua..

Tamat...

Wassalam..:)