Friday, 12 November 2021

Degree in Estate Management at UiTM Shah Alam ~My Journey~

 Assalamualaikum..

Setelah bertahun tak post yang baru akhirnya sekarang juga ada mood nak update blog ni. Ok mari teruskan perjalanan kita hehe.. 

Aku dulu Diploma in Estate Management kat UiTM Seri Iskandar, Perak. Then tanpa berlengah masa sem akhir ke lepas result keluar tah terus apply sambung degree in the same programme. Kalau macam ni, aku dipanggil student penerapan. Bila penerapan, ada banyak pengecualian kredit yang aku dapat sebab takkan benda yang sama nak belajar en. Aku diserap terus ke Semester 3. Habis Semester 6. So kira nya dua tahun je degree.


Gambar tu permohonan pengecualian kredit/pemindahan kredit. So tula course yang korang takyah ambil nanti kalau apply degree hartanah. Tapi if la korang belajar diploma lain, tiba nak ambil degree hartanah hmmm citer dia memang empat tahun la yaa hahahaha.... Eh tapi kalau korang diploma dulu kat UiTM juga, maybe la ada certain course yang boleh dapat pengecualian kredit ni. Maybe 2 tahun setengah or 3 tahun centu lah degreenya. Before Covid, memang ada ura2 kami yang diploma ni kena juga intern sekali lagi time degree. Ikutkan nak buat dah centu sebab ada degree yang lain contohnya QS (Quantity Survey) memang kena intern lagi even diploma pun dah intern. Tapi tak jadi la sebab tiba2 Covid. Time Covid tu pun aku baru je sebulan belajar untuk Semester 4. Dengar je cerita Covid and nak tutup sempadan, memang terus hangkut beg baju semua and balik. Aku ingat lagi hari tu hari Isnin kot haha and esoknya Selasa terus PM umum tutup semua lah. Fuhhh.. Laju je aku ni en kalau bab2 nak balik rumah ni haha....

Time aku Semester 3, masa ni dunia tak kenal lagi Covid tu apa. Memang macam biasa. Kita pergi kelas, mendaki la bukit FSPU tiap2 hari.. Berpeluh sakan. Boleh la korang beli kipas mini tu or kipas tangan kalau belajar kat Shah Alam ni. Kelas always tingkat 2 and kadang tu tingkat atas sekali haha. Aku belajar kat Block C. So ada ground floor, first floor until third floor. Aircond yang sejuk kat certain2 kelas je hmmm biasalah haha... Tapi at least kat Seri Iskandar ada kipas syiling tapi kat Shah Alam ada kipas dinding je weh.. Itu pun kadang2 rosak. Oh, time pendaftaran dulu aku datang awal so dapat Kolej Anggerik Blok yang baru.. Bilik bertiles guys.. Jamban pun okay. Makan kat cafe Anggerik. Lauk tengah hari limited je. Selalu kalau lambat tu memang takde dah lauk. Malam boleh order and goreng2 gitu lah. Aku selalu order Nasi Goreng Ayam Paprik. Time ni tukang masak pro and sedap lah makanan dia. Tapi time aku Semester 4, dorang dah tukar. So jadi kureng sikit la goreng2 ni. Aku beli pulak Nasi Ayam Penyet (Request sambal lebih). Yum yummm.... Other option, boleh beli kat cafe fakulti tapi sana tu mahal sikit and kalau nak tapau, bekas tu dia cas RM0.50. Straw pun cas kot. 

Semester 4...
Aku dapat blok Kolej Anggerik yang lama weh.. Huhuhu.. Time ni dok pergi awal sangat so dia bagi kolej lama. Staff kolej yang jaga time ni garang nak mampus so takutlah nak request bilik. Hmm kalau datang lambat sikit boleh dapat blok baru tapi tingkat atas lah. Hmm takde rezeki nak duduk blok baru. Time ni ramailah classmate aku duduk rumah sewa sebab sangatlah susah nak dapat kolej. Aku dapat pun lepas buat rayuan. Alhamdulillah lecturer time Sem 4 semua sporting and best. Then, COVID STRIKE!

Bermula lah pembelajaran secara ODL. No physical classes and no friends guysss... T_T Serious talk the pros and cons of ODL sangat ketara. Mula mula memang syok sebab sambil baring, sambil kelas la. Sambil makan, sambil pegang telefon tengok Meet. Hmmm... Memandangkan lecturer tak sempat nak prepare apa untuk ODL ni, Semester 4 aku jadi huru hara sikit tapi senang laa. And tak panggil dah Final Examination. Kita panggil dia Final Test. Memang berbincang lah cerita dia jawapan2 dengan classmate tapi yang rapat jelah haha... Soalan pun senang je cuma maybe marking scheme berubah sikit. So, Alhamdulillah result sem 4 cemerlang... :)



Bila aku Semester 5, UiTM and semua lecturers memang dah prepare so pembelajaran semua dah teratur and bermulalah pakai UFuture. Dulu pakai I-Learn.. Macam2 lah digital apps and software yang dibuat oleh UiTM sampai aku tu pening la mula2 nak guna tuh. Semester 5 was the most hectic one for me. Aku banyak dapat lecturer yang Masya Allah, aku bersabo jela.. So result sem 5 memang atas pagar la gitu. Ni bukan lecturer FSPU haha yang problem tu lecturer bahasa. ELC and third language. Hmm geram pulak aku rasa tak tukar kelas. Kalau lah instict macam hmm tak sedap tu en, korang tukar jelah kelas daripada dok ambil kelas lecturer tu sebab nanti effect result tu sampai ke habis degree beb. Bayangkan lah ELC aku B-. Hahaha oklah terasa bodo bodo gitu english en. Hmmm sama la mcm third language aku tu.. Third language belajar selama tiga semester so maksudnya Semester 3-5. Tak pernah pernah aku dua semester dapat B tup tup time Semester 5 dapat B untuk third language. Ini dikira cons la sebab payah sebenarnya nak belajar bahasa asing kalau tak de kelas ni. So aku redho jela. Memang time ODL, kemalasan diri tu sangat tinggi. Memang selalu chitchat dengan classmate yang kita rapat. Ambil kekuatan dan semangat nak belajar. Parents pun sentiasa bagi dorongan. Mental kena kuat and jangan terlampau stress. Tidur kena cukup. Tapi en aku selalu procrastinate so memang jadi burung hantu time nak submit assignment. Bila dah online ni lagi banyak assessment and assignment. Jangan lah jadi seperti saya.. 

Masuk Semester 6 and this is my last semester. Alhamdulillah, ODL berjalan macam biasa. Kemalasan tu ada lah. Time ni sangatlah risau dengan thesis or fyp. Aku dapat supervisor yang tak komen apa2 pasal thesis. Actually, sangatlah risau and kita nak tahu apa kesalahan kita,di mana nak betulkan tapi tahu2 je result keluar haha... Pros dia kita jadi rilek ah tak stress kena buat balik ke apa en tapi cons dia jadi malas and rasa macam cincai lah thesis kita. But guess what???? My supervisor praised me for my thesis!!! He said that my topic was very interesting and can be revised again for real publication. Oh and then i was like, REALLY?? Hahaha.... Tapi tu bukan kerja aku la yaa... Terasa la semangat berkobar kobar nak habiskan degree. Aku happy je sepanjang hari tu dengan pujian lecturer aku tu.. And time VIVA, aku dapat lagi assessor yang sporting. Ya Allah, aku rasa sem last aku ni betul2 dipermudahkan. Alhamdulillah VIVA buat secara online sahaja. Record the video, send it and wait for phone call.. IF Assessor nak tanya apa2 soalan. But aku tak dapat apa2 call so it was ended like that only.. 

And during our semester break, i took EET (English Exit Test). Time ni sangat lambat ya untuk exam EET tu. Ni berpunca penangguhan la sampai lecturer pun lupa batch aku tak ambil lagi EET tu weh.... EET ni ada speaking and writing. Don't worry, speaking tu sorang2 je. Tak macam muet pun. EET banyak related with job interview. Nantilah kalau aku rajin aku tulis pasal EET. (Kalau rajin lah hahahahah). Actually aku apply sambung master but result tak complete sebab EET. So sekarang aku still dalam proses registration for postgraduate even kelas dah start for 3 weeks.. Ya Allah tak tau lah jadi apa master ni. Memang kena struggle kaw kaw orang kata. Ok this one for another journey... And lastly, aku dapat juga the final result and walllaaaa.... I GOT MY DEGREE! SEE?



The journey was like not too colourful like my diploma years. Maybe due to Covid.. Tak banyak memori and kenangan buat dengan kawan kawan. That's why i felt quite lonely and tak terasa diri ni student sebab duduk rumah je en. But it's okay. Allah permudahkan perjalanan saya and Alhamdulillah dapat dah segulung ijazah untuk diri dan keluarga. So, I'm waiting for my convo sebab diploma dulu tak sempat pun konvo sebab Covid tulah.. Hope i can have a picture with my family while i'm wearing 'selempang pink'. Aamiin.. 

Semoga perjalanan kita semua dipermudah dan diberkati Allah. Aamiin... Thanks for reading my post. See you guys next time~

Wassalam... :)