Okeh, hari ni aku nak buat satu macam eksperimen la jugak. Nak bezakan dua tempat yang perempuan memang lawatlah dalam hidup dia. Bagi yang tak tahu apa itu Watson dengan Guardian nih, dua tempat ni macam farmasi pun ada, kedai alat2 perempuan pun ye, macam2 benda la jual.
Bagi akulah, ini adalah perbezaan Watson dengan Guardian.
- Watson memang best nak dikunjungi sebabnya kedai itu memang meriah. Contohlah macam lampu yang dia guna untuk hiasan kedai memang memukau pandangan. Aku suka! Hahaha.. Guardian pulak malap je aku tengok. Hurmmmm.....
- Dari segi susunan kedai, Watson memang tip top. Atur susun barang memang memudahkan pengguna macam aku nih yang always nak cepat2 beli. Guardian ok je cuma aku tak berapa nak berkenan lah sebab kadang2 tu serabut aku tengok. Tak berkemas. Huhuhu...
- Kalau kat Watson, ada beberapa jenis barang yang memang tak ada kat Guardian. Contoh jenama barang make up (Aku perempuan. Even tak pakai sangat pun saja je beli buat koleksi. Korang kena faham. Hahahaha...). Ada macam2 sampai pening aku nak pilih. Guardian pula cuma ada jenama yang memang kita dah biasa seperti silkygirl, simplysiti, revlon, maybelline, dll..
- Kalau barang yang label nama kedai tu (contoh: syampoo, sabun ke) aku rasa Guardian murah sikit kot dari Watson. Tapi Watson ada kelebihan sebabnya barang macam syampoo tu wangi and sedap baunya dari Guardian. So, aku tengok pada bajet ah..
- Watson suka buat promosi potongan harga. Hah, yang ni paling utama. Guardian pun buat just dia kena letaklah label besar2 kasi aku nampak. TAPI GUARDIAN BUAT PROMOSI MEMANG MURAH! Dulu aku suka Watson tapi sekarang Guardian lagi best. Kat Guardian aku suka beli time sales 40%. Pergh memang berbaloi lah. Tapi memang tak dinafikan Watson lagi banyak barang. So aku akan pergi Watson dulu usha2 gitu then pi cari kat Guardian pastu tengok harga Kalau lagi murah memang aku grab je terus sebab stock always limited kat Guardian. If takde baru aku beli kat Watson hahaha..
Kesimpulannya, dua2 kedai ini memang bestlah. Bagi orang yang lebih suka kepada cita rasa eksklusif and tak berjimat cermat sangat macam aku, pergilah Watson. Kalau takat nak cuci mata and dah aim certain barang, Guardian pun ok. Aku subscribed Guardian official kat email so sales ke mesti aku tahu. So berbaloi la Guardian ni. Apa2 pun ini adalah pendapat saya sahaja. Terpulang pada masing masing lah. Happy shopping uolls...
Wassalam.. :)